Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFrequent Asked Questions (FAQs)


 
 

 

   

1: Bilakah pembahuruan tarif untuk pengguna sektor perumahan bermula?


Jawapan:
Pembaharuan tarif bagi pengguna sektor perumahan akan bermula pada 1hb Januari 2012.


2: Siapa yang terlibat?

Jawapan:
Kesemua pengguna sektor perumahan yang sedia ada dan pengguna baru sama ada yang menggunakan meter konvensional atau prabayar.
 


 3: Berapa harga tuntutan pengunaan diantara tarif baru dan tarif lama?

Jawapan:
Sila rujuk carta "Lama & Baru" tarif yang disertakan bagi mengetahui perbezaan harga tuntutan bagi tarif lama dan baru.


 

4: Kenapa pembaharuan tarif diperlukan?

 
Jawapan:
Dengan ada pembaharuan tarif baru ini, Kerajaan berharap dapat memberi bantuan kepada pengguna yang berkeperluan sahaja, dan menyeru kepada orang ramai supaya dapat berjimat-cermat terhadap pengunaan tenaga elektrik.

Pada tahun 2010 sahaja, subsidi Kerajaan terhadap pengunaan elektrik menelan belanja sebanyak B$ 40juta.

Dengan adanya pembaharuan tarif ini, perbelanjaan subsidi dapat dikurangkan sebanyak B$ 20juta, dan seterusnya mengurangkan pengunaan gas asli negara.

Disamping itu, dengan jumlah penjimatan daripada subsidi tersebut, pihak Kerajaan dapat menggunakan peruntukan tersebut dan menyalurkan perbelanjaan ke sektor seperti pembangunan sekolah-sekolah, memberi perkhidmatan perubatan, perkembangan sumber manusia dan sebagainya.

 


 5: Apakah perbezaan diantara tarif baru dan lama bagi sektor perumahan dan bagaimana caj dikenakan?

Jawapan:
Struktur tarif lama mengenakan caj yang semakin murah dengan penggunaan yang meningkat. Manakala dengan tarif baru ini, pengguna akan dicaj lebih bagi pengunaan yang meningkat. Penetapan mengenai tarif baru ini adalah seperti berikut;

Tier 1: Dari 1 hingga 600 kWh dikanakan sebanyak 1 sen/kWh. (Penggunaan minimal untuk keperluan asas seperti lampu, kipas angin, periuk nasi, seterika, peti sejuk, mesin pencuci & TV)

Tier 2: Dari 601 hingga 2000 kWh dikenakan sebanyak 8 sen/kWh. (Penggunaan sederhana: Penggunaan asas tambah dengan penghawa dingin)

Tier 3: Dari 2001 hingga 4000 kWh dikenakan caj sebanyak 10 sen/kWh.

Tier 4: Dari 4001 kWh dan seterusnya, dikenakan caj sebanyak 12 sen/kWh. (Penggunaan Mewah)


 

6: Adakah subsidi untuk pengunaan elektrik akan ditiadakan pada masa yang akan datang?

 
Jawapan:
Pembaharuan tarif kepada pengguna sektor perumahan adalah langkah awal pihak Kerajaan untuk memastikan keperluan subsidi hanya diberi kepada yang memerlukan, dan seterusnya pengguna disarankan untuk berjimat-cermat.


 

7: Dengan perubahan tarif ini, apa yang akan berlaku kepada pengguna yang masih menerima bil tuntutan bulanan dan bagi pengguna meter prabayar?


Jawapan:
Untuk pengguna yang menerima bil tuntutan bulanan, pengiraan tarif baru akan dilaksanakan pada bulan Februari disebabkan bil tuntutan bulan Januari adalah untuk caj pemakaian bulan Disember 2011. Manakala bagi pengguna meter parabayar STS, pembelian token selepas 1hb Januari 2012 akan dikenakan caj tarif baru dan bagi pengguna prabayar Plessey, pengguna diperlukan memasukan "kod universal" untuk mengaktifkan tarif baru terhadap meter mereka.

 



 

 
8: BETUL ( True ) atau SALAH ( False ) ?      
  • Membeli kredit elektrik pada 1hb mendapat bonus -  SALAH Salah/False
  • Mesti membeli awal minggu untuk mendapat harga murah.  SALAH Salah / False
  • Mesti membeli di kaunter Elektrik untuk mendapat harga murah. SALAH Salah / False
  • Harga membeli kredit melalui POWERKad, CDM, Internet Banking dan SMS adalah sama dengan membeli di Kaunter Pembayaran. BETUL betul / True
  • Pembelian 600kWh pertama adalah murah walaupun dibeli pertengahan bulan atau hujung bulan (hanya BND$6 sahaja). BETUL Betul / True
  • Semakin banyak pembelian sebulan, semakin mahal harga seunit elektrik . (kWh). BETUL betul / True

    

 9: Pembelian Kredit Prabayar Elektrik:

 

 1. Kaunter pembayaran JPE

 Bikita boleh membeli kredit prabayar di mana-mana kaunter pembayaran Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE).

 2. Cash Deposit Machine (CDM)

 Melalui mesin CDM di Ibu Pejabat JPE, Berakas dan JPE Cawangan Seria, 24/7.

 3. POWERKad

 POWERKad boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasar raya dan laman sesawang INCOMM .

 4. DSTCom Mobile

 Menggunakan kredit mobile Easi bagi pelanggan DST melalui DST SMS 8885555.

 5. BIBD Internet Banking

 Secara online melalui BIBD Internet Banking atau BIBD Mobile Apps bagi pemegang-pemegang akaun BIBD.

 6. Standard Chartered Bank (SCB)

 Secara online menggunakan Standard Chartered Credit Card atau eCash Card.

 7. Baiduri Bank Berhad (BBB)

 Layari laman web untuk membeli POWERKad recaj PIN bagi meter prabayar JPE.

  


The Compensation Scheme FAQ.PNG

2016_06_11_COMPENSATION eng- FAQs.pdf

 


 OTHER FAQs.PNG

1. DARUSSALAM FAQs about DES

2. Powerkad Support via DST Care