10.    Penyenggaraan dan Ujian Berkala & Pemeriksaan Pemasangan


10.1.    Semua  pemasangan  elektrik  baru  hendaklah  diperiksa  oleh  pegawai  JPE  yang  diberi  kuasa  atau Kontraktor/Pegawai pemeriksa (Khas) yang diluluskan oleh JPE. Pegawai pemeriksa hendaklah melengkapkan Sijil Pemasangan Elektrik dan menyerahkan kepada JPE sebelum penyambungan ke bekalan. Sijil Pemasangan Elektrik tipikal ditunjukkan di Appendix 11A.


10.2.    Pemasangan Elektrik hendaklah diuji dan keputusan direkodkan di dalam Jadual Keputusan Ujian seperti di Appendix 11B. Mana-mana  penyimpangan  atau  tidak  ketidakpatuhan  hendaklah  direkodkan  dan hendaklah diberitahu kepada pemilik untuk tindakan pembetulan. Ujian semula hendaklah dilaksanakan selepas kerja baik pulih dan direkodkan dalam Jadual Keputusan Ujian untuk membuktikan bahawa pemasangan itu adalah sesuai untuk digunakan.


10.3.    Semua pemasangan elektrik hendaklah selalu diperiksa, disenggara dan langkah keselamatan hendaklah diambil perhatian pada setiap masa untuk mencegah bahaya kepada kakitangan. Pegawai   pemeriksa hendaklah melengkapkan dan menyerahkan kepada JPE Laporan Pemeriksaan Berkala untuk Pemasangan Elektrik tipikal seperti di Appendix 11C.


10.4.    Pemilik atau pihak pengurusan premis atau harta tanah hendaklah bertanggungjawab terhadap integriti teknikal dan keselamatan sistem elektrik dan guna selamat elektrik dalam pemasangannya.


10.5.    Pemilik bangunan atau harta tanah hendaklah memastikan bahawa pemasangan bangunan mereka adalah diperiksa dan diuji secara berkala oleh kakitangan pengujian JPE yang diluluskan atau Kontraktor (Khas) yang diluluskan oleh JPE yang berdaftar dengan JPE.


10.6.    Jarak waktu yang disyorkan untuk pemeriksaan dan ujian berkala pada jenis pemasangan yang berikutnya melainkan jika Pihak berkuasa lain secara khusus menentukan jarak waktu yang pendek diperlukan, adalah seperti yang berikut:-


  • 10 tahun jarak waktu untuk pemasangan domestik (rumah persendirian, rumah pangsa).
  • 5 tahun jarak waktu untuk pemilikan komersial (kedai & pejabat), institusi pendidikan (kolej & universiti), hotel & rumah penginapan.
  • 3 tahun jarak waktu untuk pemasangan di kilang, bengkel dan pertanian.
  • 1 tahun jarak waktu untuk stesen minyak, kawasan hiburan awam (teater & pawagam), kedai dobi awam, tempat ibadat.
  • 6 bulan jarak waktu untuk pemasangan di tapak pembinaan dan sementara.
  • Pertukaran penghuni atau pemilik


10.7.        Apabila MSB dibekalkan terus daripada pengubah, pemilik atau pihak pengurusan premis atau pemilikan adalah sangat disarankan untuk mempunyai MSB yang disenggara dengan lengkap dan diuji setiap tiga (3) tahun oleh pengilang papan suis yang berdaftar dengan JPE atau Kontraktor (Ujian Dikhususkan) yang diluluskan oleh JPE.


10.8.    Semua penyenggaraan dan laporan pemeriksaan hendaklah diserahkan kepada JPE untuk ulasan dan kelulusan. Mana-mana bacaan atau rekod yang tidak dalam had minimum yang boleh diterima, Pegawai Pemeriksa yang menjalankan pemeriksaan hendaklah memberitahu pemilik untuk kerja pembetulan segera. JPE berhak untuk memutus bekalan kuasa kepada pengguna melainkan   jika   pemilik membaikpulih kerosakan dalam masa 2  minggu daripada tarikh pemeriksaan sebelumnya.