Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

Sejarah Ringkas

Ditubuhkan pada tahun 1921 dengan nama Pejabat Elektrik dibawah naungan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Elektrik membekalkan tenaga elektrik kepada pelanggannya yang pertama, ia itu Jabatan Wireless dan Telegraf.

Pada tahun 1934, skim pembekalan tenaga elektrik ke rumah-rumah pegawai kanan kerajaan dan kilang beras di Bandar Brunei telah dimulakan. 

Setahun kemudian, sebuah penjana-kuasa elektrik 22 kilowatt dan 75 kilowatt yang menggunakan disel telah mula beroperasi.  Pada tahun 1953, Pejabat Elektrik telah diubah namanya menjadi Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan mula membekalkan tenaga elektrik ke seluruh Bandar Brunei.

Jabatan terus menjana pembangunan Negara dan pada tahun 1959, telah menambah dua buah penjana kuasa elektrik yang menggunakan disel, setiap satu berupaya menjana 884 kilowatts di Stesen Janakuasa Elektrik Gadong. Stesen Janakuasa Turbin Gas telah mula beroperasi enam tahun kemudian.  Tujuh tahun kemudian, 66,000 KV dari Seria ke Bandar Seri Begawan mula beroperasi.

Pada tahun 1966, Stesen Janakuasa Elektrik Temburong yang menggunakan disel telah mula beroperasi.

Pada tahun 1967 the Stesen Janakuasa  Seria Gas Turbine Power Station started its operations. In the same year, the 66 and 100 KV line from Seria to Bandar Seri Begawan started its operations.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah ditadbir dibawah naungan Kementerian Pembangunan dalam tahun 1984.

Dalam tahun 1986, Janakuasa Gas Turbin Lumut telah siap dibina.